Tuesday, April 17, 2012

Serangan Babi Hutan: Antara masalah dalam penanaman nangka madu


Serangan babi hutan merupakan satu masalah yang agak kritikal di dalam penanaman nangka madu di Malaysia. Peringkat awal penanaman, babi hutan akan mencabut anak benih yang baru ditanam ini akan menyebabkan anak pokok mati dan mengakibatkan kerugian besar kepada petani. Masalah ini akan berterusan sehinggalah buah mula dihasilkan. Haiwan ini akan memakan buah yang tua/masak dan menyerang buah yang berada 4 kaki dari paras tanah(pengalaman benar). Jika buah belom matang haiwan ini akan mengugurkan buah tersebut.   Jika mempunyai modal yang lebih, boleh menggunakan pagar elektrik. Cabaran dalam penanaman nangka madu. Langkah terakhir terpaksa memberikan ramuan khusus (Perut ayam bersama dengan Zink Sulfat).....

Sunday, April 1, 2012

Masalah Karat Isi Nangka....Cabaran Penanam Nangka Madu Di Malaysia Dan Penyelesaiannya

Saya dipahamkan masalah ini merupakan masalah utama penanam nangka madu buat masa ini. Bayangkan daripada 100 biji yang dibeli oleh pembeli......hampir 50 biji diminta ganti. Bayangkan bagaimana perasaan penanam apabila mengalami sitiuasi begini?. Berdasarkan pengalaman saya mengenai bagaimana mengatasi masalah ini, saya telah menjumpai satu kaedah yang boleh mengurangkan karat nangka dengan menggunakan sejenis baja cecair. Keberkesanannya telah terbuki dengan keizinan Allah dengan syarat peraturan kaedah penggunaan dipatuhi. Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini atau pun kenalan...bolehlah menghubungi no Hp saya (0179918699). Saya bersedia membantu semua penanam nangka yang mengalami masalah ini. Semuga industri penanaman nangka madu Malaysia akan lebih berdaya saing. manusia berusaha, tawakal dan berdoa. Yang mengizinkannya hanyalah Allah..sahaja.

AZMI

Integrasi J33 dengan MD2 moga dipermudah segala urusan

Pokok J33 berumur 2.5 tahun Pokok durian belanda buah sulung 18 bulan Pokok nanas MD2 berusia 3 bulan: Anak benih menggunakan...