Monday, May 5, 2014

Pakej Ekotorism Di Kebun Nangka Madu


Penuhilah masa cuti anda di hujung minggu dengan menikmati keindahan suasana di kebun nangka madu yang jauh dari kesibukan kota raya. Saya bersedia menyediakan pakej lawatan di kebun nangka madu bagi semua kalangan masyarakat yang ingin mengetahui secara dekat penanaman nangka madu..Lawatan ini mengambil masa sekitar 1.5 jam. Pengunjung akan merasai kenikmatan berada di dalam suasana pohon nangka yang rendang dan buah yang pelbagai bentuk( Jika ada musim buah) dan akan merasai nikmat memotong buah yang berada di tangkai pokok dan  mengupas buah dan menikmati keenakan nangka madu Klon J33. Selepas mengalami lawatan ini insyaalah pengunjung akan tahu lebih mendalam bagaimana untuk menanam secara kecil kecilan atau secara komersial.Jika nasib anda baik, anda akan berjumpa dengan kawanan pelbagai burung yang terbang meninggalkan pepohon nangka (ini berlaku di awal pagi) dan  menjumpai sarang burung mungkin  terdapat telor atau anaknya.....Sedikit bayaran dikenakan.Di bawah ini saya sertakan caj yang di kenakan:

1) Individu (Seorang): RM150
2) Dua orang : RM100 untuk seorang
3) Melebihi dua orang: RM70 seorang

Jika anda ingin mengetahui pokok dan buah nangka madu secara dekat hubungi saya segera:
HP  017 9918699

Nota:

Aktiviti hanya pada hari cuti sahaja
Masa: 9:00am ke 1:00pm
Minuman  disediakan
Peserta: Maksimum hanya 30 orang sahaja pada satu aktiviti:
Kemudahan: Jalan ke kebun bertar..kereta biasa boleh masuk sampai ke kebun
Lokasi: Kg Solok Astana Raja Kota N. Sembilan....8 km dari Tol Simpang Ampat, 20km dari Tol Pedas Linggi dan 35km dari Tol Senawang.


Dr Hamid




Zul dan Lan Nov 2011
Isi nangka Mantin: berair dan manis2 buah...
Anak: Munirah dan Anis
Saudara Lan
Saudara Fauzi (Kiri) dan Saudara Isamuddin dan adik iparnya( kanan)
Saudara Zabidi

Saudara Zuraidi
Peserta Kursus Intensif Penanaman Nangka Madu
Pelawat Istemewa: Hj Jamian dan isteri
Nasya: pokok baru belajar berbuah Nov 2011
Anak2 beriadah di dalam kebun nangka
Azlan, Nasya dan Mudin
Tn Hj Yahya
Hj Alias
Lawatan MARDI Keluang
Makan2 di kebun nangka madu: Dr. Sanusi dan Saudara Lan
Mr Law: Melawat kebun nangka madu
Kawan2 sekolah makan2 di kebun nangka

3 comments:

  1. gambo nangka yg tgh tu (isi oren tu) klon ape?isi berair tak?

    ReplyDelete
  2. Mantin, berair n manis2 buah...tanam sikit bolehlah kalu banyak maslah pasaran...tanam J33....mantop insyalah
    Sudah Tanam ker Rizal..lokasi kebun..

    ReplyDelete
  3. ada la tanam ckit, sy xde tapak, lg pun nk try dl sbb xde pengalaman tanam secara bsr2an...sy tanam klon siam sikit tp x pasti klon ape, buah cantik tp berair (kata penjual tu klon siam, ntah2 klon mantin @ mastura)...slbhnya sy tanam J33, sy ikut nasihat tuan...mmg btl ,sy slalu tepi jln tu mmg J33 lbh baik dr buah klon yg lain...InsyaAllah kalo ada rezeki, sy nk kembangkn lg...terima ksh atas ilmu yg tuan beri dlm blog ni...

    ReplyDelete