Blog ini hanya mengisahkan tentang penanaman nangka madu dan nenas madu. Aktiviti ni sebagai hobi masa lapang.Sebarang kesilapan masalah boleh menghubungi pihak2 yang berwajib
Tuesday, April 17, 2012
Serangan Babi Hutan: Antara masalah dalam penanaman nangka madu
Serangan babi hutan merupakan satu masalah yang agak kritikal di dalam penanaman nangka madu di Malaysia. Peringkat awal penanaman, babi hutan akan mencabut anak benih yang baru ditanam ini akan menyebabkan anak pokok mati dan mengakibatkan kerugian besar kepada petani. Masalah ini akan berterusan sehinggalah buah mula dihasilkan. Haiwan ini akan memakan buah yang tua/masak dan menyerang buah yang berada 4 kaki dari paras tanah(pengalaman benar). Jika buah belom matang haiwan ini akan mengugurkan buah tersebut. Jika mempunyai modal yang lebih, boleh menggunakan pagar elektrik. Cabaran dalam penanaman nangka madu. Langkah terakhir terpaksa memberikan ramuan khusus (Perut ayam bersama dengan Zink Sulfat).....
Sunday, April 15, 2012
Sunday, April 1, 2012
Masalah Karat Isi Nangka....Cabaran Penanam Nangka Madu Di Malaysia Dan Penyelesaiannya
Saya dipahamkan masalah ini merupakan masalah utama penanam nangka madu buat masa ini. Bayangkan daripada 100 biji yang dibeli oleh pembeli......hampir 50 biji diminta ganti. Bayangkan bagaimana perasaan penanam apabila mengalami sitiuasi begini?. Berdasarkan pengalaman saya mengenai bagaimana mengatasi masalah ini, saya telah menjumpai satu kaedah yang boleh mengurangkan karat nangka dengan menggunakan sejenis baja cecair. Keberkesanannya telah terbuki dengan keizinan Allah dengan syarat peraturan kaedah penggunaan dipatuhi. Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini atau pun kenalan...bolehlah menghubungi no Hp saya (0179918699). Saya bersedia membantu semua penanam nangka yang mengalami masalah ini. Semuga industri penanaman nangka madu Malaysia akan lebih berdaya saing. manusia berusaha, tawakal dan berdoa. Yang mengizinkannya hanyalah Allah..sahaja.
AZMI
AZMI
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Pokok yang didapati diserang oleh kulat seharusnya di tebang dan semua bahagian pokoknya(batang, daun dan ranting) sebaik2nya di b...