Monday, May 20, 2013

Nangka, Anjing, Babi Hutan dan Monyet adalah dalam satu rantai makanan di kebun nangka,

Masalah di awal penanaman nangka madu ialah serangan babi hutan. Anak pokok yang baru ditanam selalunya akan dicabut ini akan mendatangkan kerugian kepada pekebun...Setelah pokok mula membesar......serangan kumbang Apisinia pulak mengorek(larvanya) dahan nagka muda....Setelah nangka mula berbuah dua musuh utamanya ialah serangan babi hutan dan monyet. Babi hutan akan memakan semua buah yang tua yang mencapai ketinggian 4 kaki dari aras tanah (juga menggugurkan buah yg belom matang). Monyet pula menyerang buah yang baru dibalut dengan menanggalkan pembalut atau mengoyakkannya. Buah yang tua akan di makan. Kaedah kawalan......babi hutan di kawal dengan menggali parit sedalam 7 kaki atau memagar menggunakan pagar elektrik atau memagar menggunakan zink kilang terpakai. Serangan monyet pula di kawal dengan membela anjing dan juga memasang pagar elektrik...Semua ini pengalaman.saya......mungkin boleh digunakan oleh penanam nangka yang baru mahu menceburkan diri...semoga berjaya...Amin